Saturday, December 19, 2009

mengomel kembali....

Sebelum memulakan kias bahasa moleklah kiranya dimulakan dengan bismillahirahmanirrahim..
kali ini adalah gabungan rentetan pengalaman, luahan perasaan & secukup rasa kemerapuan atau lebih dikenali dengan nama lain sebagai merepek. setelah agak lama tidak menaip rasenye banyak benda yang tak dapat nak diukir kembali dalam wacana ini kerana ingatanku yg terbatas sebagai seorang insan. Hal ini kerana bukan sahaja kekangan masa tambahan pula sistem wireless yg kurang berkemampuan untuk menyambungkan aku ke dunia maya ni pon turut membataskan.

Seterusnya bagi mengurangkan kemerapuan aku memulakan cerita bermula apabila selesai menduduki peperiksaan akhir semester 3. Kegembiraan ini telah disambung dengan tanggungjawab bagi mewakili Universiti ke Festival Kebudayaan Universiti-universiti Malaysia FESTKUM09 dlm acara Boria. Selepas 20hb member2 yg lain segera btolak pulang ke kampung halaman masing2 namun aku gagahkan jua merelakan pemergian mereka kerana terpaksa berlatih sehinggalah ke hari pertandingan tersebut yang bermula 9 Dis-14 Dis 09. Macam-macam hal berlaku sepanjang tempoh latihan di samping aku terpaksa berhati2 agar tak menyinggung perasaan kawanku, dan cabaran kritikan & perli memerli yg tak perlu diperpanjangkn ceritanya disini, aku juga terpaksa berhadapan dengan pengurusan kediaman kerana pihak yang berwajib tidak menyelesaikanya sehingga aku hampir2 kena tidur di kafeteria. Mggu akhir sbelum bertolak ke UKM kami berkenalan dengan kontinjen zapin dari kampus kejuruteraan,pada awalnye sume agak sombong & kasar maklumlah rata2 semuanye tahun akhir dan lebih senior jd aku pon mengambil langkah yang agak perlahan untuk beramah mesra, namun lame kelamaan kami semua semakin selesa antara satu sama lain lalu terjalinlah persahabatan.

Perjalanan ke UKM bermula pd 8hb jam 11 mlm, walaupun aku kelam kabut menyelesaikan beberapa errr banyak hal sebenarnye namun berjaya jugak diselesaikan sebelum bertolak ke sane dan yang mengembirakan pemandu bas tu pula ialah pakcik yang pernah mmbawa aku semasa roadshow baru2 ini. Sepanjang perjalanan aku tak tidur sbb pada mulanya abg rudy menceritakn kisah2 seram, kemudian dia berkongsi pengalaman2nya dan kami bercerita sehinggalah ke RNR Sg.Buloh pd jam 4.30pg, bas diberhentikan dan kami semua berehat sementara mnunggu hari cerah. Jam 8.00 pg barulah bas2 kami bertolak ke destinasi masing2 di mana sebuah bas akan ke UM, dan sebuah lagi ke UPM dan dua yg lain termasuk bas aku bertolak ke UKM. sepanjang berada di sane kami berlatih dan memantapkan diri lg sebelum bertanding, jadi jadual harian boleh dikatakan agak sibuk dan sekiranya malam itu ada pertandingan lain yg berlansung maka kami akan ke sane untuk menonton & memberikan sokongan. Paling melucukan apabila kami diminta untuk memakeupkan budak2 dikir barat, mulanya diorang agak suka mengusik dan menyindir serta agak menjengkelkan kami namun pada hari tu semuanya sangat baik, hahahahaha selepas tu pun diorang jd sangat sporting & mesra. Pada 13hb pula acara penutup yg dijalankan di Dewan DTC UM dan segala keputusan pertandingan diumumkan dan di sini aku berkenalan lg dengan kawan baru Sin dr UDM yg dikenalkan oleh abg coco, selain tu sempat juga aku bersahabat dengan pemantun terbaik FESTKUM09 kak khatijah dr UKM memang seronok sepanjang pengalaman aku menyertai acara ni, bukan kemenangan yg penting tp pngalaman & kenalan baru ialah paling berharga, semasa ingin bertolak pulang sayu rasanya berpisah dengan kawan2 walaupun seketika je kami berjumpa, namun entahlah jauh di sudut hati berat nak berjauhan. ape pun FEStKUM09 memang menjajikan kenangan yg istimewa....