Saturday, February 27, 2010

menyulam rasa, bersilang perasaan, bersimpul hati.

Ahad 28 Feb, 11.35pg. Tak tau la apa sbbnya perasaan aku rase tak mnentu, suasana pagi yg agak sunyi dgn cuaca yg panas & redup bersilih ganti seolah2 tau pgolakan yg blaku dlm hati ni. Entah mgkin sbb rindu, bosan, suka, gembira, sedih, takut, sayang...hurmm semuanya bercampur aduk..


Mungkin aku terlalu memikirkan segala kemungkinan ttg diri aku di masa depan, hal pelajaran, keluarga, kerjaya, cinta? hurmm mmg manusia ni terlalu kompleks.. why not just let things happen... persoalan yg aku mmg tak leh jawab. Pernah ada org bgtau yg ak ni suke pendam ape yg aku rase, masalahnye kalo bgtau pon takde sspa yg leh myelesaikn pon. Yup mmg aku suke pendam ape yg aku rase, sbb kdg2 lbih baik kt korbankn perasaan sendiri & gembira bila tgk org lain bahagia jd berbaloikn pengorbanan tu.. wlupon sakit & pedih serta payah nk merelakan sesuatu hal tu tp aku yakin boleh memaksa diri ni utk paham dan memerimanya.. diri aku kan so what, no big deal!


Igt kata2 mak, kita kna buat mcm mane kita nak org buat pada kita... yes tu lah yg aku pegang sampai ke hari ni, tp yg baik je la kan takkn nk org wat jahat ngan kita lak.


tetttttttttt...... ttba2 aku tersedar ape yg aku merepek ni.. hurmm jam dh kul 1.00 jom lunch!

Saturday, February 20, 2010

Beauty is in the eye of the beholder..









Matanya penuh gramatis dengan jelingan tajam bgaikan panah menusuk perasaan, menzahirkan nilai keasiaan yg kaya dgn adat & budayanya. Renungannya anggun dengan wajah yg polos serta bibir yg mnguntum umpama mawar mgembang cukup tradisional.

Saje nak berkongsi kejelitaan pelakon bollywood yg amat aku minati semenjak bjumpa kali pertama dlm filem Taal. Aishwarya Rai, berjaya mencuri perhatian dan kekaguman aku dalam menilai kecantikan. Aset paling berharga dimiliki olehnya ialah sepasang mata yg memukau, di mana kalo boleh aku pon mahu jugak hehehehehehe. Bentuk wajah aish juga yg sedikit bersegi menaikkn lagi seri dan keayuannya, bibir aish juga agak mugil & seksi menambahkn sense of exclusive & elegant. namun ciri2 yg paling aku minat ialah typical looks of an indian woman, sangat suka bila aish mgenakan sari dan aksesori2 bercirikan india so gorgeous!

Disebalik kejelitaan aish, lakonannya jugak mantap terutama dlm Devdas ekspresi, liuk lentoknya dlm tarian amat menakjubkan...thats my Aishwarya Rai..

HaTi + SayAnG - BenCi = CiNta


Teringat kata-kata "Love is about Letting go, but if it is come back 2 U then its yours", mgkin betul kata2 ni atau sekadar untuk mghiburkn hati org yg kecewa atau terluka. But when its happen 2 me whether i belive or not its true... mgkin bahagia bukan untuk selama2nya tp itu bkn pghalang untk kita menikmati apa yg ada sekarang. Today is reality 2morrow is only a dream so why thinking n worrying but it just live like a butterfly because there is a saying that butterfly count it life within second.

Sedalam mana kita cuba smbunyikan perasaan kalo perasaan itu bnar2 ikhlas akhirnya ternampak juga di permukaan, dlm sedar tak sedar we're starting 2 do "stupid" n "funny" thing, jika direnung & diingat balik pasti kita akan tertawa sendiri. Marah, Geram, Benci, kecewa tak kira walau tahap mana sekalipun jika sekali sayang, gembira, bahagia, cinta myentuh perasaan semuanya hilang, begitu juga sebaliknya pelik tp benar. Paling utama Cintailah seseorang yg mncintai kita bukan mencintai ssorg yg kita cintai....

Saturday, December 19, 2009

mengomel kembali....

Sebelum memulakan kias bahasa moleklah kiranya dimulakan dengan bismillahirahmanirrahim..
kali ini adalah gabungan rentetan pengalaman, luahan perasaan & secukup rasa kemerapuan atau lebih dikenali dengan nama lain sebagai merepek. setelah agak lama tidak menaip rasenye banyak benda yang tak dapat nak diukir kembali dalam wacana ini kerana ingatanku yg terbatas sebagai seorang insan. Hal ini kerana bukan sahaja kekangan masa tambahan pula sistem wireless yg kurang berkemampuan untuk menyambungkan aku ke dunia maya ni pon turut membataskan.

Seterusnya bagi mengurangkan kemerapuan aku memulakan cerita bermula apabila selesai menduduki peperiksaan akhir semester 3. Kegembiraan ini telah disambung dengan tanggungjawab bagi mewakili Universiti ke Festival Kebudayaan Universiti-universiti Malaysia FESTKUM09 dlm acara Boria. Selepas 20hb member2 yg lain segera btolak pulang ke kampung halaman masing2 namun aku gagahkan jua merelakan pemergian mereka kerana terpaksa berlatih sehinggalah ke hari pertandingan tersebut yang bermula 9 Dis-14 Dis 09. Macam-macam hal berlaku sepanjang tempoh latihan di samping aku terpaksa berhati2 agar tak menyinggung perasaan kawanku, dan cabaran kritikan & perli memerli yg tak perlu diperpanjangkn ceritanya disini, aku juga terpaksa berhadapan dengan pengurusan kediaman kerana pihak yang berwajib tidak menyelesaikanya sehingga aku hampir2 kena tidur di kafeteria. Mggu akhir sbelum bertolak ke UKM kami berkenalan dengan kontinjen zapin dari kampus kejuruteraan,pada awalnye sume agak sombong & kasar maklumlah rata2 semuanye tahun akhir dan lebih senior jd aku pon mengambil langkah yang agak perlahan untuk beramah mesra, namun lame kelamaan kami semua semakin selesa antara satu sama lain lalu terjalinlah persahabatan.

Perjalanan ke UKM bermula pd 8hb jam 11 mlm, walaupun aku kelam kabut menyelesaikan beberapa errr banyak hal sebenarnye namun berjaya jugak diselesaikan sebelum bertolak ke sane dan yang mengembirakan pemandu bas tu pula ialah pakcik yang pernah mmbawa aku semasa roadshow baru2 ini. Sepanjang perjalanan aku tak tidur sbb pada mulanya abg rudy menceritakn kisah2 seram, kemudian dia berkongsi pengalaman2nya dan kami bercerita sehinggalah ke RNR Sg.Buloh pd jam 4.30pg, bas diberhentikan dan kami semua berehat sementara mnunggu hari cerah. Jam 8.00 pg barulah bas2 kami bertolak ke destinasi masing2 di mana sebuah bas akan ke UM, dan sebuah lagi ke UPM dan dua yg lain termasuk bas aku bertolak ke UKM. sepanjang berada di sane kami berlatih dan memantapkan diri lg sebelum bertanding, jadi jadual harian boleh dikatakan agak sibuk dan sekiranya malam itu ada pertandingan lain yg berlansung maka kami akan ke sane untuk menonton & memberikan sokongan. Paling melucukan apabila kami diminta untuk memakeupkan budak2 dikir barat, mulanya diorang agak suka mengusik dan menyindir serta agak menjengkelkan kami namun pada hari tu semuanya sangat baik, hahahahaha selepas tu pun diorang jd sangat sporting & mesra. Pada 13hb pula acara penutup yg dijalankan di Dewan DTC UM dan segala keputusan pertandingan diumumkan dan di sini aku berkenalan lg dengan kawan baru Sin dr UDM yg dikenalkan oleh abg coco, selain tu sempat juga aku bersahabat dengan pemantun terbaik FESTKUM09 kak khatijah dr UKM memang seronok sepanjang pengalaman aku menyertai acara ni, bukan kemenangan yg penting tp pngalaman & kenalan baru ialah paling berharga, semasa ingin bertolak pulang sayu rasanya berpisah dengan kawan2 walaupun seketika je kami berjumpa, namun entahlah jauh di sudut hati berat nak berjauhan. ape pun FEStKUM09 memang menjajikan kenangan yg istimewa....


Wednesday, September 9, 2009

Runtunan Jiwa....

walaupun aku bkanlah pandai dlm mgarang sajak, puisi atau sumpamanya ttp ttba2 dtg idea untk mnulis coretan ini.....


Suatu pagi,

Burung berlagu merdu
meratip,berzikir,memuji yang Satu
tertunduk sayu
diri terkedu
terdiam kaku
Apakah terhapus noda kotor berdebu?



Mentari meninggi,

Kabus menghilang dari pandangan
memancar,bersinar, membangkitkan hidupan
tersentak perasaan
diselubung ketakutan
terzahir tangisan
adakah cukup sudah bekalan amalan?


Awan berarak,

Bayu menghembus lembut menyapa
menyejuk,menyegar, mengurangkan haba
tersedar hiba
duka melanda
taubat disegera
Aku memohon keampunan, keredhaan dariNya.

Monday, September 7, 2009

Acara Berbuka + Besday.....penuh kejutan memberikan aroma kehanyiran

Mlm semlm genaplah Ezal Ezham berumur 21 thn 1 hari kerana brthdaynya jatuh pada tanggal 6 september. Tualah kiranya dia setahun lg akibat pertmbahan umur tsebut dan berjya memasuki era dan taraf yang sama denganku.

Kisah brmula apabila aku & roomate kuar bbuka dgn bdak2 satu kos dgnnya aku ni kira jemputan Khas la sbb satu2nya je yg blainan kos, di Restoran Mutiara. Mmber2 roomate tu kbnyakanya knl aku so tak memelikkan la pon diorg ajak aku join sekaki, lg pon tak smstinya aku kna join group kos aku jea kan takde life r nnt. Setelah hampir 2 jam lbh kurg la secukup rase masing2 mmulakan langkah balik ke hostel masing2 walaupun hanya aku, roomate & sorg lg mmber dia je yg melangkah (bjalan) sbb yg lain naik motor dgn bangganya.

Dlm pjalanan mndaki bukit menempuh jalan2 bbatu dan bertar dgn perut yg kenyang ttba henset sony ericsson S500i aku mengalunkan lagu Unwritten oleh Natasha Bedingfield, paparan di skrin mmaparkn nama Kudin USM. Di sini bmula perancangan untuk mengenakan roomatenya.....
sesampai aku di bilek, perancangn yg lbh terprinci dipresentkn oleh Kudin dgn pnuh smangat. Hal ini turut dbantu oleh Ilmi & Kamil yg sedia berkhidmat, markas tmpt bkumpul adalah d tgkat 9 dimana kami perlu mnanti stok2 brangan dan Kek dripada Safi, roomate aku memandikan dirinya dahulu sbb tak tahan dh sakit kepala dek seharian tak mandi lg, perkara ini dpt mengcoverkan rancangan tsebut sbb ezal takkan tahu yg kami satu kubikel dh mghilangkan diri sbb at least roomate aku tu dpt la alihkan perhatian dia jap....

10.45mlm Safi tiba dan mnjalankan tgasnya, tambah mmudahkn kerja ttba2 ezal lak nk memandikan dirinya.... kami bkumpul dan mgambil port masing2 smbil besedia dgn suprise yg dbawa oleh Safi td..... Senior aku lak dgn baek atinya (walaupon wat keje jahat sbnrnya) menawarkn suaranya untuk mmggil ezal kuar dr kolam rendamanya, setelah serak suara senior tu mmgil, ezal ttp gagal untuk memujuk dirinya keluar dr berkubang dlm bilek mandinya. hampir bpuluh jugak la digit minit yg kami kna lalui untk mnantinya habis bkubang tiba saat yg dtggu berbutir2 telur ayam Omega3 gread A dilempar sebaik shaja ezal mmbuka pintu.... hasilnya bkan sahaja kulit ezal mnjadi tegang kerana dilulur dgn telur ayam tsebut malah 3 biji yg lain tbabas mgenai pintu & dinding bilek aku....

Sebelum mnjamu selera kami beramai2 mnjalankan acara gotong-royong perdana mmbersihkan kubikel tmasuk bilek aku...... dgn nada mnyesal dan mgeluh aku bmuhasabah diri........
acara diteruskan selepas beberapa jam kemudian dgn menghabiskn kek dan makanan yang ada, sesi suap myuap dan bkongsi keropok turut dilaksanakan yang melibatkan Kamil & juga Ilmi (cayalah korg sporting giler) motifnya, aku pon tak tahu. Bagi melengkapkan rupa ezal yg telah dilulur td aku mgambil kputusan untuk memekapkan wajahnya agar berseri di majlis hari jadinya.... akhirnya ezal sangat berpuas hati dgn kerja tanganku...... acara ditutup dengan upacara kemas-mengemas....























































P/s: bukan shja Ezal yg suprise ak pon tsuprise gak sbb tgk 3 biji telur melekat di pintu & dinding bilek... kesimpulanya untuk ke acara utama iaitu majlis hari jadi banyak acara yg kna yg buat smlm....

Sunday, September 6, 2009

Tetiba jea teringat.........Satu ketika dulu


Keindahan di bumi kenyalang masih lg terpapar dlm ingatan, walaupun tiba di Kuching pada waktu malam, namun kedinginannya bagaikan menyambut mesra kehadiranku. letih dan teruja menaiki 'belon' segalanya terubat bila sampai di hotel Mayfair.

Sesampainya di sana aku dihidangkan Laksa Sarawak khas buatan mak saudara kak Shida, mlm tu kami tidur nyenyak dgn perut yg dh terisi. Awal2 pg kami singgh sarapan sebentar dan melihat keindahan Waterfront, kesempatan ini diambil untuk ke rumah kak Shida yg tletak d seberang, kami pun ramai2 menaiki perahu mrentsi sungai ke seberang.....

Seterusnya kami dbawa ke destinasi Utama iaitu Kg Pueh, Lundu yang mengambil masa selama 2 jam dr kuching, di mana kami akan tinggal bsama2 kluarga angkat. ketibaan kami lewat akibat masalah pengangkutan namun ttp dsambut meriah oleh pnduduk kg. Mulanya timbul juga sdkit mslah untuk tggal d sana ttp kami bjaya myesuaikan diri dgn pantas, Nasi Merah, Tempoyak Goreng, Cencaluk dgn lauk2 tempatan mmg sesuai dgan selera aku, lauk pauk di sini tak byk bezanya dgn negeriku Perak Darul Ridzuan, oleh itu tak mnjadi masalah. hurmmmm berpinggan2 la menambah nasi. Kaum Bidayuh Selako, merupakan kaum minoriti di sarawak mmg peramah dan baik hati, sgt menyeronokkan tiggl di rumah panjang.

Sepanjang berada di sana, banyak juga tmpat yg dilawati ermmm Tasik biru, Sarikin, kg. Budaya, Fort Mangerita, bandar Kuching, Taman Sahabat dan tak lupa sekitar kg. mmg indah Pantai di Kg. Siru Melayu dan Kg. Pueh yang sgt bersih dan belum dicemar tgn manusia. Tak tahu la knapa aku tak berasa seperti org asing di bumi kenyalang, walaupun dtg dr Tanah Semenanjung bumi Santubong ni bagikan dekat dengan diriku. Walaupun asyik melawat kami ttp mnjalankan tanggungjawab sosial dgn mmberi taklimat di SMK Lundu dan Semantan agar dpat memberikan semangat kepada para pelajar untuk ke menara gading Khususnya, Universiti Sains Malaysia serta menyokong perjuangan kelestarian kami. kami juga singgah di rumah Cheshire yg mnempatkan mereka yang kurang upaya dan kurang bernasib baik.

Kepada keluarga En. Pauzan jutaan terima kasih kerana menerima kami sebagai anak-anak mereka di sana. Malam sblum berpisah kami bersama-sama menikmati hidangan Manok(ayam) yang dimasak di dlm buluh yg dipanggil "Manok Panso "yg sememangnya sedap dan terkenal. mlm gema budaya juga memperlihatkan persembahan yg menarik dr penduduk kg dan juga para peserta kami dipelawa untuk turut serta menarikan tarian traditional orang selako dan sememangnya tidak harus dilepaskan peluang tersebut. Bertambah menarik persembahan terbaik dimenangi kumpulan kami yang mempersembahkan Boria. Kami juga turut menerima seutas rantai kulit kerang dan beberapa barangan dr keluarga masing-masing. secara keseluruhan keindahan gunung ganang dan pantainya menggamit kehadiranku semula ke sana suatu hari nanti...





"Rindu gilak kamek mok bertandang agik, nyaman bah diam
sitok"