Sunday, September 6, 2009

Tetiba jea teringat.........Satu ketika dulu


Keindahan di bumi kenyalang masih lg terpapar dlm ingatan, walaupun tiba di Kuching pada waktu malam, namun kedinginannya bagaikan menyambut mesra kehadiranku. letih dan teruja menaiki 'belon' segalanya terubat bila sampai di hotel Mayfair.

Sesampainya di sana aku dihidangkan Laksa Sarawak khas buatan mak saudara kak Shida, mlm tu kami tidur nyenyak dgn perut yg dh terisi. Awal2 pg kami singgh sarapan sebentar dan melihat keindahan Waterfront, kesempatan ini diambil untuk ke rumah kak Shida yg tletak d seberang, kami pun ramai2 menaiki perahu mrentsi sungai ke seberang.....

Seterusnya kami dbawa ke destinasi Utama iaitu Kg Pueh, Lundu yang mengambil masa selama 2 jam dr kuching, di mana kami akan tinggal bsama2 kluarga angkat. ketibaan kami lewat akibat masalah pengangkutan namun ttp dsambut meriah oleh pnduduk kg. Mulanya timbul juga sdkit mslah untuk tggal d sana ttp kami bjaya myesuaikan diri dgn pantas, Nasi Merah, Tempoyak Goreng, Cencaluk dgn lauk2 tempatan mmg sesuai dgan selera aku, lauk pauk di sini tak byk bezanya dgn negeriku Perak Darul Ridzuan, oleh itu tak mnjadi masalah. hurmmmm berpinggan2 la menambah nasi. Kaum Bidayuh Selako, merupakan kaum minoriti di sarawak mmg peramah dan baik hati, sgt menyeronokkan tiggl di rumah panjang.

Sepanjang berada di sana, banyak juga tmpat yg dilawati ermmm Tasik biru, Sarikin, kg. Budaya, Fort Mangerita, bandar Kuching, Taman Sahabat dan tak lupa sekitar kg. mmg indah Pantai di Kg. Siru Melayu dan Kg. Pueh yang sgt bersih dan belum dicemar tgn manusia. Tak tahu la knapa aku tak berasa seperti org asing di bumi kenyalang, walaupun dtg dr Tanah Semenanjung bumi Santubong ni bagikan dekat dengan diriku. Walaupun asyik melawat kami ttp mnjalankan tanggungjawab sosial dgn mmberi taklimat di SMK Lundu dan Semantan agar dpat memberikan semangat kepada para pelajar untuk ke menara gading Khususnya, Universiti Sains Malaysia serta menyokong perjuangan kelestarian kami. kami juga singgah di rumah Cheshire yg mnempatkan mereka yang kurang upaya dan kurang bernasib baik.

Kepada keluarga En. Pauzan jutaan terima kasih kerana menerima kami sebagai anak-anak mereka di sana. Malam sblum berpisah kami bersama-sama menikmati hidangan Manok(ayam) yang dimasak di dlm buluh yg dipanggil "Manok Panso "yg sememangnya sedap dan terkenal. mlm gema budaya juga memperlihatkan persembahan yg menarik dr penduduk kg dan juga para peserta kami dipelawa untuk turut serta menarikan tarian traditional orang selako dan sememangnya tidak harus dilepaskan peluang tersebut. Bertambah menarik persembahan terbaik dimenangi kumpulan kami yang mempersembahkan Boria. Kami juga turut menerima seutas rantai kulit kerang dan beberapa barangan dr keluarga masing-masing. secara keseluruhan keindahan gunung ganang dan pantainya menggamit kehadiranku semula ke sana suatu hari nanti...





"Rindu gilak kamek mok bertandang agik, nyaman bah diam
sitok"

1 comments:

Mr.J said...

mun nyaman kelak datang agik.,

Salam iklhas,
Mr J @ pengeRindu.com

Post a Comment